Walaupun Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi..dharap berpantang bukan menjadi halangan untuk kita ceria, gembira dan SEGAR BUGAR bersama mereka yang tersayang. Bagi kawan-kawan yang memilih berpantang secara alami ini, kita kena tahu serba sedikit ilmu bahawa berpantang secara alami ini bukan hanya cukup 40 hari, 60 hari atau 100 hari selepas bersalin sahaja tetapi sebenarnya penyusuan anak sampai 2 tahun (6 bulan ke bawah exclusive fully breastfeed tanpa campur aduk makanan dan 6 bulan ke atas bersama makanan tambahan) adalah juga salah satu berpantang secara alami yang bukan sahaja dituntut dalam agama malah baik untuk kesihatan ibu dan perkembangan anak. Rupanya apabila sains hari ini mengkaji kelebihan penyusukan anak genap 2 tahun rupanya ia adalah salah satu proses berpantang yang tidak menyalahi adat malah memberi kelebihan yang banyak buat ibu, anak, suami dan keluarga..Terbuktilah bahawa kita adalah hamba Allah dan Dia Maha Pencipta yang mengetahui segalanya. Malah jika dikaji sejarah isteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Siti Khadijah juga mengamalkan berpantang setiap kelahiran anak yang menjadikan Saidatina Siti Khadijah wanita yang berketrampilan dalam segala aspek penampilannya. Banyak ilmu-ilmu yang diriwayatkan tentang ilmu berpantang ini yang man boleh kita ambil teladannya.
|
Pokok Genggam Fatimah @ Selaginella Lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun yang digunakan oleh bangsa Arab dalam mengecutkan, merapatkan dan mengetatkan otot rahim menerusi pengambilan yang betul selain khasiat-khasiat tenaga yang lain |
Antara kepentingan amalan berpantang seperti :-
- Mengurangkan tekanan perasaan (angin meroyan) selepas melahirkan bayi
- Membetulkan peredaran darah
- mengurangkan angin daripada badan
- Mengurangkan sakit kepala
- Dapat melancarkan pengaliran susu badan dan seterusnya membantu mempercepatkan pengecutan rahim ibu
- Menstabilkan emosi dan hubungan ibu, anak dan suami
- Mengembalikan kesegaran dan pemulihan dengan cepat dan baik untuk kelahiran yang seterusnya
dan banyak lagi kelebihan dan khasiat berpantang secara alami ini. Hari ini, alhamdulillah ramai kita memilih untuk berpantang secara alami dan ia bukannya sesuatu yang payah atau renyah dengan kemudahan dan produk-produk berpantang yang banyak di pasaran. Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk dan tip berpantang secara alami, kawan semua boleh layari facebook babyhomenizz juga.."Jom Serlahkan Kesegaran Anda Melalui Asuhan Alami di BABYHOME sempena EIDULFITRI ini :)"
0 comments:
Post a Comment