• "It's all about natural parenting"

    KELAHIRAN DI AMBANG SYAWAL


    Pejam celik pejam celik tinggal tiga hari lagi nak sambut Syawal..Tengah dok update produk berpantang dan kelas-kelas post-natal yang akan datang, terlintas di fikiran, ramainya member dan kenalan yang nak bersalin raya nie. Yg tengah berpantang pun ramai..So, kawan-kawan yang tengah berpantang tu jangan susah hati, anda tetap masih boleh beraya, bergembira dan semestinya ' SEGAR BUGAR' walaupun masih berpantang. Azma masih ingat masa melahirkan Nur Syakila, kalau ikut due memang kena bersalin sebelum atau masa raya tu tp doa sangat-sangat klu boleh lps raya dua tiga hari sebab nak melantak..Rasanya sapa-sapa ibu yang kena time tu, mostly minta klu boleh beraya dulu sebab nak makan apa-apa yang patutkan sebelum berpantang..BETUL tak???

    Tapi yang seronoknya sb tak alah teruk, bulan ramadhan kali tu dapat berpuasa penuh tanpa ponteng..itulah kegembiraan yg azma rasalah..:). Kalau ikut kalender Islam, Syakila akan sambut ulang tahunnya genap 2 tahun raya keempat nie.. terfikir-fikir nak buat majlis kesyukuran pd raya keempat ke atau bulan September mengikut kalender mat saleh..Mmm bakal dibincang dengan hubby nanti...

    Bila sebut berpantang di time-time kemuncak nie, azma memilih berpantang secara alami untuk pulihkan badan selepas bersalin, untuk jangka masa panjanglah katakan..kadang-kadang kita rasa takde apa-apa pun sekarang nie tapi bila sekali kena..sakit tuhan aje yang tahu dan kita lazimnye berpantang selepas bersalin sahaje..Sebenarnya produk berpantang nie boleh digunakan sebagai terapi kecantikan dan kesegaran buat kita ibu-ibu or anak-anak dara kat luar tu walaupun selepas bertahun bersalin contohnya mandi herba, bertangas, berbengkung, bertungku dan sebagainya..Jadi takdelah alasan untuk kita lesu,tak bermaya dan moody nak buat kerja tambah-tambah masa nak menyusukan anak. Orang kata lecee (bahasa kedah), leceh atau renyah berpantang secara alami atau tradisional nie, tapi hari nie ada banyak kemudahan yang disediakan antaranya produk berpantang BABYHOME yang boleh digunakan bukan hanya selepas bersalin malah boleh digunakan sebagai terapi kecantikan bulanan yang simple yang kita boleh buat sendiri tak payah ke spa selepas nie..unless kes-kes tertentulah..hehe

    Kalau dulu-dulu, memang kita kena cari bahan-bahan nie..tapi kini semuanya dah disediakan..
    tunjuk dan hulur je..)

    Tunggu ek tip-tip berpantang secara alami dari azma k.. dan kawan-kawan pun dijemput berkongsi-kongsi ilmu di blog azma nie..Jom kita jadi sebaik yang boleh, menteladani peribadi wanita yang bertahta di hati Rasullullah s.a.w..Saidatina Siti Khadijah biarpun sejarah mencatatkan usia melebihi Baginda tapi penampilan umpama anak dara..apa rahsianya????

    0 comments:

    Post a Comment

     

    About

    Blogroll